Rabu, 7 Disember 2011

PENJODOH BILANGAN BERGAMBAR

                  Ruangan Penjodoh bilangan ini menghuraikan tentang perkataan yangdigunakan berpasangan  dengan nama apabila menunjukkan bilangan iaitu seperti  ekor untuk binatang ,helai untuk kain , biji untuk buah,bilah untuk pisau dan sebagainya.
           Ruangan ini amat baik untuk dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan para pelajar memahami setiap penjodoh bilangan terutama kepada pelajar tahap satu. Melalui gambar-gambar  secara tidak langsung dapat menarik minat  para pelajar kita. Saya juga berharap agar ruangan ini dapat  digunapakai oleh guru yang lain.


KEPING
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar. Contohnya : biskut , cek, gambar, kertas, roti, papan.


BEBERAPA KEPING BISKUT
SEKEPING CEK
BEBERAPA KEPING KAD KREDIT
SEKEPING KAD  UNDANGAN PERKAHWINAN
SEKEPING ROTI
SEKEPING DUIT KERTAS RM50







BUAH
Digunakan untuk benda padu yang tidak mempunyai saiz dan bentuk tertentu
Contohnya: bangunan , gua, kereta, meja , jambatan, kerusi
SEBUAH JAMBATAN PULAU PINANG
SEBUAH KERETA
SEBUAH BANGUNAN
SEBUAH MEJA DAN DUA BUAH KERUSI
SEBUAH GUNUNG KINABALU
SEBUAH RUMAH
GUGUS
Digunakan untuk benda yang banyak berada dalam satu tangkai. Contohnya : anggur, kunci, langsat, rambai, pulau

SEGUGUS KUNCI

SEGUGUS ANGGUR
SEGUGUS BUAH RAMBAI

SEGUGUS LANGSAT
SEGUGUS PULAU













RUMPUN
Digunakan untuk tumbuhan yang tumbuh sekelompok atau kumpulan manusia yang sama budayanya. Contohnya : buluh, serai, lalang , padi, pandan
SERUMPUN LALANG
SERUMPUN BULUH

SERUMPUN SERAI
SERUMPUN POKOK PADI


Biasanya saya akan galakkan anak didik saya menggunakan penjodoh bilangan dalam membina ayat. Misalnya dalam penulisan. Dengan menggunakan penjodoh bilangan dalam ayat akan menjadikan ayat  lebih gramatis dan kompleks. Lihat dan bezakan contoh ayat yang diberikan:
1.     Ibu sedang menjahit pakaian dengan menggunakan mesin jahit.( ayat tanpa penjodoh bilangan)
2.    Ibu segang menjahit sehelai pakaian dengan menggunakan sebuah mesin jahit.( ayat dengan penjodoh bilangan)
Jelas nyata dapat dibuktikan bahawa ayat kedua lebih gramatis dan kompleks.  Semua benda  termasuk manusia dapat dipadankan dengan penjodoh bilangan. Terdapat beberapa jenis benda yang dapat dipadankan dengan pelbagai penjodoh bilangan dengan mengikut keadaannya. Misalnya seperti contoh yang saya  lampirkan:


SERAI

SERUMPUN SERAI
BEBERAPA IKAT SERAI
BEBERAPA BATANG SERAI

BEBERAPA HIRIS SERAI




Ulaman seperti petai juga boleh dipadankan dengan pelbagai  penjodoh bilangan misalnya papan, ulas, ikat, juntai. Longgok, lihat contoh yang saya lampirkan:



PETAI



BEBERAPA PAPAN PETAI



BEBERAPA ULAS PETAI

BEBERAPA LONGGOK PETAI





DUA IKAT PETAI




Sabtu, 3 Disember 2011

ENJIT-ENJIT SEMUT

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Matapelajaran bahasa Melayu merupakan matapelajaran wajib di sekolah rendah. Subjek ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahasa Melayu Pemahaman dan bahasa Melayu Penulisan. Bagi peperiksaan UPSR, matapelajaran ini akan menyumbangkan dua A daripada skor penuh iaitu 5A. Pada kertas bahasa Melayu Penulisan terbahagi kepada 3 bahagian yang mana ketiga-tiganya menyumbangkan 60markah. Di sini ingin saya kongsikan beberapa video yang dapat digunapakai para guru untuk membantu ana didik kita memahami konsep nilai murni atau pengajaran.Berikut adalah beberapa contoh video yang mengandungi unsur-unsur nilai murni atau pengajaran.
video
video
Melalui penggunaan video sebagai medium pengajaran akan dapat membantu menarik minat para pelajar untuk lebih memahami konsep nilai murni dan pengajaran sekalugus dapat menjadi amalan yang baik dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, para guru dapat mempelbagaikan medium pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai lagi klip video yang ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan. Harapan saya semoga dapat memberi sedikit input kepada rakan-rakan guru dalam memperbaiki mutu penyampaian pengajaran dan pembelajaran. 



Ahad, 30 Oktober 2011

SAYA DAN KERJAYA

Sudut bahasa Melaysia.

Sudut rujukan tatabahasa untuk murid-murid.



Memberi penerangan kepada murid-murid tentang  peraturan permainan.


 kuiz tatabahasa - pat -pat nya nya, siapa dapat dia yang punya



Berjaya menjawab soalan- Tahniah!


Aktiviti waktu pagi bersama anak didik 

Bahan -bahan tatabahasa digantung pada laluan menuju ke kantin


ruang rehat mini disediakan untuk murid-murid .
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izinnya saya dapat mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang guru. Sepanjang lebih kurang tujuh tahun berkhidmat saya amat menyintai kerjaya saya. Apa yang lebih penting saya selesa dalam menjalankan setiap amanah yang diberikan. Iniadalah gambaran serba sedikit aktiviti yang berlaku di sekolah saya.

SEKAPUR SIREH

Salam perkenalan. Nama saya Norsuhaini binti Akasah. Saya berumur 30 tahun. Saya telah berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya dapat meneruskan pengajian saya  pada semester kedua ini.Ini adalah pengalaman saya yang pertama untuk membina blog. Diharapkan semoga rakan-rakan yang lain sama-sama memberi komen yang membina demi merealisasikan impian saya untuk mencapai kejayaan pada semester kedua ini.Segala pandangan dan komentar anda amat saya hargai.Semoga dengan jasa baik rakan sekalian kita dapat impaknya bersama. 
BERSAMA SUAMI TERCINTA
 





SAYA NORSUHAINI BINTI AKASAH