Rabu, 7 Disember 2011

PENJODOH BILANGAN BERGAMBAR

                  Ruangan Penjodoh bilangan ini menghuraikan tentang perkataan yangdigunakan berpasangan  dengan nama apabila menunjukkan bilangan iaitu seperti  ekor untuk binatang ,helai untuk kain , biji untuk buah,bilah untuk pisau dan sebagainya.
           Ruangan ini amat baik untuk dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan para pelajar memahami setiap penjodoh bilangan terutama kepada pelajar tahap satu. Melalui gambar-gambar  secara tidak langsung dapat menarik minat  para pelajar kita. Saya juga berharap agar ruangan ini dapat  digunapakai oleh guru yang lain.


KEPING
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar. Contohnya : biskut , cek, gambar, kertas, roti, papan.


BEBERAPA KEPING BISKUT
SEKEPING CEK
BEBERAPA KEPING KAD KREDIT
SEKEPING KAD  UNDANGAN PERKAHWINAN
SEKEPING ROTI
SEKEPING DUIT KERTAS RM50







BUAH
Digunakan untuk benda padu yang tidak mempunyai saiz dan bentuk tertentu
Contohnya: bangunan , gua, kereta, meja , jambatan, kerusi
SEBUAH JAMBATAN PULAU PINANG
SEBUAH KERETA
SEBUAH BANGUNAN
SEBUAH MEJA DAN DUA BUAH KERUSI
SEBUAH GUNUNG KINABALU
SEBUAH RUMAH
GUGUS
Digunakan untuk benda yang banyak berada dalam satu tangkai. Contohnya : anggur, kunci, langsat, rambai, pulau

SEGUGUS KUNCI

SEGUGUS ANGGUR
SEGUGUS BUAH RAMBAI

SEGUGUS LANGSAT
SEGUGUS PULAU













RUMPUN
Digunakan untuk tumbuhan yang tumbuh sekelompok atau kumpulan manusia yang sama budayanya. Contohnya : buluh, serai, lalang , padi, pandan
SERUMPUN LALANG
SERUMPUN BULUH

SERUMPUN SERAI
SERUMPUN POKOK PADI


Biasanya saya akan galakkan anak didik saya menggunakan penjodoh bilangan dalam membina ayat. Misalnya dalam penulisan. Dengan menggunakan penjodoh bilangan dalam ayat akan menjadikan ayat  lebih gramatis dan kompleks. Lihat dan bezakan contoh ayat yang diberikan:
1.     Ibu sedang menjahit pakaian dengan menggunakan mesin jahit.( ayat tanpa penjodoh bilangan)
2.    Ibu segang menjahit sehelai pakaian dengan menggunakan sebuah mesin jahit.( ayat dengan penjodoh bilangan)
Jelas nyata dapat dibuktikan bahawa ayat kedua lebih gramatis dan kompleks.  Semua benda  termasuk manusia dapat dipadankan dengan penjodoh bilangan. Terdapat beberapa jenis benda yang dapat dipadankan dengan pelbagai penjodoh bilangan dengan mengikut keadaannya. Misalnya seperti contoh yang saya  lampirkan:


SERAI

SERUMPUN SERAI
BEBERAPA IKAT SERAI
BEBERAPA BATANG SERAI

BEBERAPA HIRIS SERAI




Ulaman seperti petai juga boleh dipadankan dengan pelbagai  penjodoh bilangan misalnya papan, ulas, ikat, juntai. Longgok, lihat contoh yang saya lampirkan:



PETAI



BEBERAPA PAPAN PETAI



BEBERAPA ULAS PETAI

BEBERAPA LONGGOK PETAI





DUA IKAT PETAI




1 ulasan: