Melalui penggunaan video sebagai medium pengajaran akan dapat membantu menarik minat para pelajar untuk lebih memahami konsep nilai murni dan pengajaran sekalugus dapat menjadi amalan yang baik dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, para guru dapat mempelbagaikan medium pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai lagi klip video yang ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan. Harapan saya semoga dapat memberi sedikit input kepada rakan-rakan guru dalam memperbaiki mutu penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Sabtu, 3 Disember 2011
ENJIT-ENJIT SEMUT
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Matapelajaran bahasa Melayu merupakan matapelajaran wajib di sekolah rendah. Subjek ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahasa Melayu Pemahaman dan bahasa Melayu Penulisan. Bagi peperiksaan UPSR, matapelajaran ini akan menyumbangkan dua A daripada skor penuh iaitu 5A. Pada kertas bahasa Melayu Penulisan terbahagi kepada 3 bahagian yang mana ketiga-tiganya menyumbangkan 60markah. Di sini ingin saya kongsikan beberapa video yang dapat digunapakai para guru untuk membantu ana didik kita memahami konsep nilai murni atau pengajaran.Berikut adalah beberapa contoh video yang mengandungi unsur-unsur nilai murni atau pengajaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan