Ruangan Penjodoh bilangan ini menghuraikan tentang perkataan yangdigunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan iaitu seperti ekor untuk binatang ,helai untuk kain , biji untuk buah,bilah untuk pisau dan sebagainya.
Ruangan ini amat baik untuk dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan para pelajar memahami setiap penjodoh bilangan terutama kepada pelajar tahap satu. Melalui gambar-gambar secara tidak langsung dapat menarik minat para pelajar kita. Saya juga berharap agar ruangan ini dapat digunapakai oleh guru yang lain.
KEPING Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar. Contohnya : biskut , cek, gambar, kertas, roti, papan.
|
BEBERAPA KEPING BISKUT |
|
SEKEPING CEK |
|
BEBERAPA KEPING KAD KREDIT |
|
SEKEPING KAD UNDANGAN PERKAHWINAN |
|
SEKEPING ROTI |
|
SEKEPING DUIT KERTAS RM50 |
|
BUAH
Digunakan untuk benda padu yang tidak mempunyai saiz dan bentuk tertentu
Contohnya: bangunan , gua, kereta, meja , jambatan, kerusi
|
SEBUAH JAMBATAN PULAU PINANG |
|
SEBUAH KERETA |
|
SEBUAH BANGUNAN |
|
SEBUAH MEJA DAN DUA BUAH KERUSI |
|
SEBUAH GUNUNG KINABALU |
|
SEBUAH RUMAH |
GUGUS Digunakan untuk benda yang banyak berada dalam satu tangkai. Contohnya : anggur, kunci, langsat, rambai, pulau
|
SEGUGUS KUNCI |
|
SEGUGUS ANGGUR |
|
SEGUGUS BUAH RAMBAI |
|
SEGUGUS LANGSAT |
|
SEGUGUS PULAU |
|
RUMPUN Digunakan untuk tumbuhan yang tumbuh sekelompok atau kumpulan manusia yang sama budayanya. Contohnya : buluh, serai, lalang , padi, pandan
|
SERUMPUN LALANG |
|
SERUMPUN BULUH |
|
SERUMPUN SERAI |
|
SERUMPUN POKOK PADI |
|
Biasanya saya akan galakkan anak didik saya menggunakan penjodoh bilangan dalam membina ayat. Misalnya dalam penulisan. Dengan menggunakan penjodoh bilangan dalam ayat akan menjadikan ayat lebih gramatis dan kompleks. Lihat dan bezakan contoh ayat yang diberikan:
1. Ibu sedang menjahit pakaian dengan menggunakan mesin jahit.( ayat tanpa penjodoh bilangan)
2. Ibu segang menjahit sehelai pakaian dengan menggunakan sebuah mesin jahit.( ayat dengan penjodoh bilangan)
Jelas nyata dapat dibuktikan bahawa ayat kedua lebih gramatis dan kompleks. Semua benda termasuk manusia dapat dipadankan dengan penjodoh bilangan. Terdapat beberapa jenis benda yang dapat dipadankan dengan pelbagai penjodoh bilangan dengan mengikut keadaannya. Misalnya seperti contoh yang saya lampirkan:
SERAI
|
SERUMPUN SERAI |
|
BEBERAPA IKAT SERAI |
|
BEBERAPA BATANG SERAI |
|
BEBERAPA HIRIS SERAI
|
|
Ulaman seperti petai juga boleh dipadankan dengan pelbagai penjodoh bilangan misalnya papan, ulas, ikat, juntai. Longgok, lihat contoh yang saya lampirkan:
PETAI
|
BEBERAPA PAPAN PETAI |
|
BEBERAPA ULAS PETAI |
|
BEBERAPA LONGGOK PETAI |
|
DUA IKAT PETAI |
|